Tabung Jumaat Masjid Darul Ehsan Taman TAR
ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ
TABUNG JUMAAT MASJID DARUL EHSAN, TAMAN TAR, AMPANG, SELANGOR
Seperti yang semua sedia maklum, semua rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berpunca daripada wabak Covid-19. Justeru itu, segala kegiatan Masjid seperti solat berjemaah termasuk solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan seperti kebiasaannya.
Namun begitu, pihak Masjid mengambil inisiatif untuk menggerakkan TABUNG JUMAAT melalui medium atas talian agar amalan berinfaq yang telah diamalkan sebelum ini dapat diteruskan seperti biasa dalam kalangan Jemaah Masjid Darul Ehsan Taman TAR dan sekitar.
Program ini bertujuan untuk sama-sama membantu memudahkan urusan Masjid seperti menampung kos penyelenggaraan dan meneruskan kutipan Tabung Jumaat seperti kebiasaannya.
Semoga dengan inisiatif kecil ini diilihat sebagai peluang untuk beramal dan memperbanyakkan akaun pahala kita semua dengan niat untuk menghidupkan rumah Allah.
Sekian, terima kasih.
وَالْعَفْوُ مِِنْكُمْ